Sunday, April 10, 2011

Biodata Usop Wilca

Siapa Usop Wilca watak dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ni yang telah mendapat kutipan 7.9 juta..cer cerite… cer cerita…hehe!!





Tengok la ni…kemain lagi… watak Usop Wilca semakin dikenali dan diminati ramai kerana watak lembut yang dibawak dalam Hantu Kak Limah dan Zombi Kg Pisang.


Betul ke Shy8 ni penari kebudayaan sebab dia ni asyik goyang tangan dia je….tak lenguh ye.. dah jadi trademark dia..sebab banyak orang duk pikior yang dia ni buleh menari, sebelum kepala awok pening..cer cerite cer cerita hehe…fazreen pulak yang cakap perak ni!! kata Usop atau Shy8 ni, dia bukan le penari tapi eksyennn  je lebihh..oo gitu rupanye.



Watak Usop dalam Hantu Kak Limah ni walaupun dia jadi cacat, tapi watak dia tetap menyerlah dan tak terhad sebab Usop buleh bangun dan lari bersama -- sama wilca nya ..ahahah!! lawak lawak!! Eh! silap bukan wilca la…wheelchair!..tu le pentingnya english edukesyenn..kata Usop (sambil melenggangkan tangannya…hehehe!! cuba korang bayangkan)

BIODATA
  • Nama sebenar dia Syed Mohamad Asri atau (Shy8), dia terlibat dalam dunia lakonan apabila Mamat Khalid suruh dia berlakon dalam Zombi Kampung Pisang. Kata Shy8 dia ni pemalu sebenor nye bila depan kamera, sebab dia tak biasa berlakon.
  • 1996 : Menerbit, mencipta dan menulis senikata untuk semua lagu-lagu di dalam album sendiri berjudul “Terasing Di Bumi Sendiri” yang mengandungi 10 buah lagu. Lagu “Terasing Di Bumi sendiri” terpilih menjadi lagu untuk kempen Aids/HIV dan kerap di mainkan klip video oleh RTM pada sekitar tahun 1997.
  • 1997 : Di lamar menjadi artis pertama di bawah payung Ambang Klasik (TV3)
  • Mula berlakun dalam drama terbitan TV3 sebagai pelakun undangan untuk drama “Doa untuk Ayah” di ikuti drama-drama dari pelbagai produksi antaranya “Dajal Suci”, “Abang We”, “Assalamulaikum YB”, “Dunia Baru” dan yang terkini “Chinta” yang telah di tayangkan di TV3.
  • Dari sudut Filem pula, mula diperkenalkan oleh Mamat Khalid untuk filem ” Lang Buana” dan “Man Laksa” sebagai pelakun jemputan.
  • Filem “Zombi Kg. Pisang” telah mula membuka mata banyak pihak dengan lakunan bersahaja melalui watak Usop (bekas penari kebudayaan) yang mempunyai gaya lakunan tersendiri. Filem terakhir buat masa ini adalah “Hantu Kak Limah Balik Rumah” dengan memegang watak yang sama sebagai Usop tetapi kali ini watak ini telah dikembangkan dengan peranan lebih besar.
  • Beliau banyak menerima tawaran untuk berlakun dalam drama dan filem, tetapi terpaksa ditolak memandangkan komited dengan kerjaya bersama sebuah Organisasi Korporat yang terlibat dalam industri Minyak dan Gas (Tanjung Oil and Gas)
  • Sebelum bekerjaya tetap, beliau merupakan perunding bebas untuk banyak pihak dalam merancang dan menyusun strategi syarikat. Selain itu beliau juga melibatkan dalam aktiviti masyarakat sebagai kaunselor dan motivator untuk Kem- kem Remaja dan Belia.
  • Usop Wilca ni pon boleh nyayi tau...SUARA SHY8 a.k.a USOP WILCA menyanyikan lagu Terasing di Bumi Sendiri. Sedap suara dia.


ni pulak penampilan usop wilca dalam maharaja lawak baru-baru ni..
perghh..bau telur (kata johan bila usop kentot)..ehh..
silap2..
pergh..kuat gile pengaruh si usop ni kan

hari tu keluar kat abpbh..click sini nak baca lebih
ni pulak maharaja lawak..
apa-apa pon..benda yang dia buat dah jadi trend


entry yang berkaitan dengan usop yang fazreen post:


assalamualaikum



13 comments:

  1. wah! gilerr detail.. eyh. dia ni pak cik scha al-yahya jugak kan?

    ReplyDelete
  2. hikhik,,
    suka sangat kat usop wilcha ni...
    aksi bersahaja..^__^

    jemput singgah =) http://faziera193.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hajar: rasenye kot..tapi diorang mmg ade pertalian darah la
    faziera, anisway, aran: thanks..=D

    ReplyDelete
  4. waahhh. sempOi lh

    ReplyDelete
  5. i follow...hehhee
    sekarang ni dah jd fenomena..
    sakit perot gelak tgk hantu kak limah..!

    ReplyDelete
  6. terbaik la...
    http://www.zuhairifirdaus.com/

    ReplyDelete
  7. kerja oil & gas tu.. tapi boleh berlakon jadi lmbut.. terbaik la usop wilcha..

    ReplyDelete
  8. nak mengopi nih..mmbe2 akak ramai giler mnt kat ucop..idop ucop!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...