ok untuk post kali ni aku nak kongsi lagi cara nak tengok personaliti orang ikut diorang punya perwatakan..
kalau dulu den pernah kasi KAREKTOR MANUSIA BERDASARKAN KENTUTNYA.!!!...click sini
then aku pernah gak post pasal Kenali perwatakan melalui jenis rambut...click sini gak..
ish...*dah macam consultant pon ader....(perasan)*
then kali ni fazreen nak post entry pasal Kenali pesonaliti melalui Jenis Darah
tapi sebelum tu, korang kena lah tau jenis darah korang ape...
idea ni pon datang bila aku teringat lawak Nabil masa final Raja Lawak 2
kalau tengok balik video die nih....tetiba aku terfikir mane la die dapat idea macam tu kan...??
ha...kalau korang lupa lawak die macam mane...tengok video bawah ni...
ok...ni die...kenali perwatakan melalui jenis darah
Gologan darah A
- Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
- Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
- Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
- Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
- Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
- Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
- Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.
- Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
- Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
- Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
- Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
- Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
- Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.
- Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
- Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
- Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
- Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
- Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
- Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
- Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.
- Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
- Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
- Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
- Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
- Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
- Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.
ok...ni jer tuk post kali ni...assalamualaikum
ooo..baru tau...nice topic..
ReplyDeletesalam perkenalan,cik ila jumpa blog ni kt innit td.. :)
sangat betul. hehe. nice entry. :D
ReplyDeletedarah O positif macam maner? haha
ReplyDeletehaha...O+...same jer...anyway tq 4 cmmt..
ReplyDeletehehe..cm btul plak erk??maklum la vampire suka org yg berdarah o ni..hahaha,..check my n3..darah ohh dracula http://tentangakudanhatimu.blogspot.com/2011/03/darah-ohh-dracula.html
ReplyDeletesalam, suka dengan result yg MMD dapat. menepati darah O..ha ha ha. boleh MMD share di blog MMD?
ReplyDelete