Tuesday, March 1, 2011

10 Gajet Pilihan lelaki

ok...tuk post kali ni....fazreen nak buat post mengenai laki jugak...
kalo dulu aku pernah buat post pasal 10 things memalukan lelaki....
tapi kali nie nak buat pasal gadjet....
dan orang kata gadjet tak boleh dipisahkan dengan lelaki.....betul ker???
erm..pape pon jom tengok ni dulu...
check this out



1. Blackberry 
Telefon pintar Blackberry ini menjadi pilihan hampir semua jejaka. Selain kelebihannya boleh berinteraksi, ia juga boleh digunakan untuk melayari laman sosial. Kelebihan Blackberry yang sangat digemari adalah ia mempunyai perisian SMS yang ditawarkan secara percuma. 

2. I Phone 

Kelebihan telefon ini bagi jejaka adalah kelebihan sistem dalam permainan video. Ramai yang memilihnya kerana I-Phone mempunyai perisian terkini selain aplikasi yang menyenangkan. Bentuknya yang kecil membolehkan pemakainya senang membawa ke mana saja. 

3. Samsung Galaxy Tab 

Salah satu gajet terkini yang baru dipasarkan. Tergolong dalam kategori ‘Android’, Galaxy Tab adalah gabungan antara telefon pintar dan ‘Notebook’. Bentuknya yang kecil sedikit dari I-Pad membolehkan pengguna melayari internet dan berkomunikasi dengan mudah. 

4. PS 3 

Sebut apa saja permainan, pasti menyeronokkan dengan permainan terbaru Playstation 3 (PS 3). Ia menjadi pilihan utama dalam permainan video dan antara permainan yang digemari sudah pasti FIFA 11. Kelebihannya adalah ‘joystick’ PS 3 menggunakan sistem ‘wireless’ yang sangat menyenangkan. 

5. PSP 

Bagi mereka yang selalu sibuk dengan kerjaya atau pelajaran, ini adalah gajet yang terbaik untuk dimiliki. Bentuknya yang kecil dan boleh dibawa ke mana saja dapat menenangkan tekanan melalui permainan video. 

6. Kamera DSLR 

Sudah menjadi satu ikutan kini setiap jejaka akan mahu memiliki kamera DSLR tidak kira jenama apa sekalipun. Semua orang boleh menjadi jurugambar profesional jika tahu cara penggunaan kamera ini. Pasti banyak gambar menarik dapat dirakam sebagai kenangan. 

7. I-pod 

Bosan tiada apa aktiviti yang hendak dilakukan, dengar saja muzik dari I-pod. Mempunyai pelbagai saiz memori membolehkan kita menyimpan beratus-ratus muzik. Tidak kira jenis lagu, asalkan sedap didengar ia boleh disimpan di dalam I-pod. 

8. Macbook 

Macbook adalah komputer bimbit yang popular di kalangan jejaka yang kreatif. Segala aktiviti boleh dilakukan dari segi kerja hingga hiburan. Saiznya yang nipis senang dibawa dan dimasukkan ke dalam beg, tidak membebankan. 

9. Guitar Hero 

Tidak perlu lagi ‘jamming’ bersama rakan-rakan di luar. Jika tiada kemahiran pun boleh menjadi pemain gitar handalan hanya dengan bermain ‘Guitar Hero’. Pilih saja lagu apa pasti dapat dimainkan. Jejaka yang meminati muzik akan menjadikan ini antara koleksi gajet pilihan. 


10. Ipad 

Ipad semakin menjadi pilihan walaupun harganya agak tinggi dari gajet yang lain. Tapi jika sudah mempunyai keinginan, harga tidak menjadi penghalang. Perisian yang ada dalam Ipad adalah yang terbaik untuk dimiliki.





kalau kite tengok kan....mostly gajet nie semua dari brand apple kan....
mane taknye...sume latest gajet die canggih
ok...tu jer tuk post kali ni
assalamualaikum 

4 comments:

  1. ni semua pun pompuan nak gakkkkk. hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Cari bermacam-macam informasi terkini berkaitan dengan teknologi, perisian, komputer, pelaburan, kenderaan, peralatan mudah-alih, pengetahuan umum dan segalanya di http://kendrabing.com

    Anda juga boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan hasil penulisan di blog anda di Kendra Bing tanpa had asalkan terma dan syarat dipatuhi.

    * Buatan Malaysia untuk orang Malaysia.

    ReplyDelete
  3. saya suka Ipad...dh lama ngidam...rasa bulan 5 ni tercapai impian kot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...