Thursday, April 28, 2011

Gaduh ke mengawan kucing tu???...bising je..

0_o...brrr...tak habis-habis lagi ke..
dari malam semalam sampai sekarang tak henti-henti..
nak jadi apa ni...

kalau diam takpe la jugak..
ni.meaw,meaw,meaw..
hei..

ni termasuk la kucing aku..
join 'kongsi gelap' kucing..haha


lepas aku siasat petang tadi
barulah aku tau..
diorang ni bergaduh..
tah apa yang nak direbutkan....pasangan kot..ataupon kawasan kongsi gelap..haha
dah la yang gaduh tu semua kucing jantan
lain kali nak gaduh, gaduh la kat taman
takde la sampai panjat bungbung rumah dan pokok pon ada..


kucing-kucing
kita sebenarnya pon tak boleh salahkan kucing gak..
dioran bukan ada akal pon kan...
tapi bila tengok diorang gaduh ni..rase cam seronok pon ada
sampai habis bulu semua tegak..haha




Aku dapat girlfriend baru..cun gila!!!

alhamdulillah..
dapat pon girlfriend sorangg ni...
cun gila.kiranya kalau dalam golongan hawa ni....benda ni paling latest la..
aku baru dapat dia hari rabu selasa lepas (26/4/2011)
tapi sekarang baru nak cerita..takpe..baru lambat 2 hari kan

ha..ni aku bukan nak dok cite pasal si Neelofa yang aku jumpa masa kat book fair hari tu..baca ni


tau la dia cantik..tapi girlfriend baru aku ni lagi cun dari dia..
haha..ni serius...takdok punya aden nak tipu korang

ni ha girlfriend den..


haha..yang den dok habak tadi pasal girlfriend tu ni la
IPOD NANO 6th Generation
cun tak....
smart beb..boleh touch screen lagi
dan paling best..boleh jadi jam



sorry la kepada korang yang tetipu tu
tapi bagi term aku, benda ni memang la 'girlfriend'
mautaknya..stylo gila benda ni..

actually this is present from my brother..Faiz

Faiz Fathil

hadiah tuk result SPM aritu..
tetiba jer dia balik rumah lepas kerja hari selasa hari tu..
terus kasi aku present ni..

tapi

ermm..takkan kasi macam tu je kan
mestilah ada syarat..sistem barter..haha
ni dia syarat yang dia cakap

1. belajar rajin-rajin
2. jadi orang yang berjaya
3. jaga mak

pergh..berat betul syarat ni..
apa-apa pon, i will do the best

ingatkan nak tunggu Ipod Nano 7th Generation..ada camera sekali..
tapi dah dapat camni..syukur je lah kan
daripada tak dapat apa-apa

assalamualaikum 



Traffic aku paling hampeh semalam..=((

ye la...mentang-mentang la aku takde post semalam..
takde pon orang sudi nak baca blog aku..
nasib baik la ade follower ..tapi pelik jugak..
sebelum ni ada  follower, lagi sikit pulak tu..
takdelah serendah camni..
tapi kali...
gila-gila rendah..
macam hari pertama buat blog..


ish..
ni ta boleh jadi ni..
dah la sekarang ada 3 Buffered Earning..
rugi la kalau traffic tak naik gila..
macam mana nak dapat duit kalau camni
aduy...


ni kena struggle ni nak kasi naik balik..

assalamualaikum

Tuesday, April 26, 2011

10 Jenis Makanan Anti-Colestrol...orang kurus pon ade kolestol jugak

ha..sape kata orang gemuk je ada kolestrol..
tak semestinya semua orang gemuk tu banyak colestrol..
mana tau dia gemuk air ke, mengandung ke..haha
tah-tah orang kurus ni yang banyak kolestrol..:p
jadi...tak kisah lah kurus ke gemuk ke...korang kena baca entry ni...


1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya, ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI 


Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING 
Antara pelbagai jenis buah kering, Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal @ meminum jusnya, sebenarnya boleh menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA 
Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH 
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA 
Terdapat banyak Vitamin C dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS 
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT 
Banyak kajian saintifik yang di jalankan, menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU 
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Sumber 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...