Tuesday, February 22, 2011

JUMPING HIGH PHOTO CONTEST

aha...post kali nie special siket...
aku nak join satu contest...


nampak banner di atas??
cam best kan..hahah
ada syarat-syarat  kalau join...


1. Follow blog ungu ini supaya anda sentiasa update dengan perkembangan contest ini.
2. Buat satu entry yang bertajuk JUMPING HIGH PHOTO CONTEST.
3. Muat naik gambar yang mahu anda taruhkan dan ceritakan mengenai gambar itu.
4. Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.
5. Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii hehe.
6. Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)
7. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahuu okay ;)



okey...semua picture ni snap mase pergi langkawi hari tu...
then, my family pon take la one day trip to spend at Pulau dayang bunting...
huhu...selalunye yang datang sane untu kasi lebih subur....
konon-kononla...boleh cepat dapat anak...khas for perempuan jer laa...
tapi macam maner pulak bagi laki...hehe..takde paper pon....
ok...all picture terpksa la pakai life jacket...kalo tak lemas pon...10 metre tu..
ok...cukup merapu...takyah lebih-lebih...





tuk first picture ni....haha....look at me....tengah ala-ala Khairul Fahmi Che Mat..tangkap bola..yeah..
while..my brother posing agak maut la...bajet ade tilam boleh baring...huhu






second pic...haha...ni pulak abang saye sepak ala-ala Safee Sali...tapi bukan bola la....its me...
tapi kalo tengok for the second time...macam filem 300 pon ader kan..=D






ok...last picture....macam street fighter....tapi dalam gambar bukan kat street la...ermm...
aperkate...lake fighter...haha...gaya flying kick siket...


ok..tu jer pic dier...hopefully menang....hehe
tag-tag...Ahnaff, Fakhri, Hasif, Hazmi



CONTEST TEKA LIRIK LAGU




da ramai yang wat contest,so saya pown gatal nak wat contest gak.walaupown adiah yang ditawarkan tak seberapa.
tapi saya nak try gak wat contest.
kat bawah nih antara lirik lagu yang ade dalam lagu yang saya da pilih.
maybe ade yang da taw kan.
hehehe..
try-try la ok.


lirik lagu tersebut ialah:


Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri


ape yang korang kene wat :
1. wat satu entry 'CONTEST TEKA LIRIK LAGU'..copy and paste skali banner kat atas....
2. jadi follower belog nih http://inibelogfyna.blogspot.com
3. teka lirik kat atas.jawapan hendakla tepat.
4. jawapan yang saya terima adalah sebelum atau pada tarikh tutup
5. letak jawapan korang kt comment entri nih..senang saya nak tengok jawapan.jawapan yang ade kat comment nih saya terime as a jawapan..
selaen tue kene memenuhi syarat yang laen jugak..
6. tag 3 kawan yang laen...hehehe...terpakserela la gamaknye..

clue :

1. penyanyi laki
2. antara lagu yang pemes
3. walaupown saya selalu letak lirik lagu dalam belog saya nih,yang lirik penting lirik lagu kat atas nih say tak pernah letak lagi


tarikh tutup : 28.02.2011 (isnin)


hadiah :

pertama
topup 15 ringgit

kedua
topup 10 ringgit

ketiga
topup 5 ringgit



kasi try ok!!~

P/S : agak-agak dapat sambutan tak?hehehehe..walaupown adiah tak la sehebat mane pown...klu dapat sambutan,saya akan wat contest laen dan give away skali...


comment yang ade jawapan saya tak akan publish....hehehehe...br adil kan?
klu ade x phm,flow-flow or ade prob,bley tinggalkan comment...
jgn tanye jawapan udah la.heheh..

tag geng....hazmi, fareez dan hasif

Monday, February 21, 2011

10 things yang memalukan lelaki...

okey...hari ni gua nak kongsi tips sikit...
memang dah ditakdirkan lelaki ni memang ego dan tak mahu mengalah...
tapi kalau diorang ni dimalukan macam mane kan??
lagi-lagi laki yang tunjuk cool setiap mase, pada hakikatnya...erm tak pon...hihi

here have some tips tuk dikongsikan....




MENANGIS

Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. Bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih wanita..

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak salah menangis dan sudah sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Mungkin dengan menangis, akan terpancar perasaan kasihan dan selain menunjukkan sisi berbeza diri anda sebagai seorang yang sensitif. Wanita cukup terusik andai lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman. Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki.

TERJATUH

Semasa kecil, jika anda terjatuh, pasti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai.

Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay?

TIDAK CUKUP DUIT

Jika tidak cukup duit pada tengah bulan, mungkin biasa dan bukanlah satu perkara yang menghairankan. Tetapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika mahu membayar, anda tidak mempunyai wang yang cukup.

Sudah tentu ketika itu dunia akan menjadi gelap seketika, tambahan pula sebelum keluar, anda beria-ia berjanji membelanjakan makan.

Apa yang perlu dilakukan?

Bersikap jujur dan beritahu pasangan anda situasi sebenar. Dalam perhubungan, tidak semestinya lelaki yang harus berbelanja setiap kali keluar bersama. Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada pertemuan berikutnya.

KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN

Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan, kenderaan yang dinaiki rosak. Teruk anda dikutuk kerana tidak memeriksa kenderaan dengan sebetulnya.

Apa yang perlu dilakukan?

Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Ambil pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan dengan jujur mengenai keadaan kenderaan anda.

DIHINA

Wanita yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda. Begitu juga dengan majikan anda yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu anda akan malu dan ingin memarahi mereka semula.

Apa yang perlu dilakukan?

Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina.

Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda.

DIKALAHKAN

Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa juga perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita. Sudah tentu perasaan anda ketika itu penuh dengan malu, tidak puas hati dan dendam.

Apa yang perlu dilakukan?

Sentiasa percaya kepada takdir dan tidak semestinya anda akan selalu berada di atas. Ada ketikanya anda akan berada di bawah dan jika anda tewas, ucapkan tahniah kepada lawan anda. Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran dalam kehidupan.

TERBONGKAR

Lelaki juga penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Jika rahsia mengenai mereka terbongkar, sudah tentu ini akan memalukan mereka. Bayangkan jika tabiat anda semasa tidur bertemankan bantal busuk sedari kecil diketahui oleh rakan-rakan anda. Sudah tentu ia akan membuatkan anda malu seketika bukan.

Apa yang perlu dilakukan?

Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda. Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik yang akan mematahkan setiap tutur kata mereka. Katakan juga, anda sedang berusaha untuk mengubah cara hidup anda ini.

LUPA HARI ISTIMEWA

Lelaki tidak ramai yang mempunyai rutin hidup terancang lebih-lebih menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat, jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang sepatutnya diraikan. Akibatnya, lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga ia kadang kala melukakan hati si dia atau isteri.

Apa yang perlu dilakukan?

Mulalah menyusun kembali rutin hidup. Dalam kecanggihan dunia teknologi sekarang, banyak gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan kita apabila tiba detiknya.

PENDEK

Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna, anda tetap akan dijauhi, okay?

Apa yang perlu dilakukan?

Tonjolkan identiti anda yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi anda ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Anda mungkin pilihan mereka!

JERAWAT

Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.

Apa yang perlu dilakukan?

Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai anda memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.







ok..thats all...actually this post pon aku copy..hehe..
assalamualaikum

jom join faceblog...new community for bloggers...

ok tadi baru join FACEBLOG...
kalau korang nak join follow steps kt bwh nie...







LANGKAH 1 :

SILA TEKAN BUTANG FOLLOW DIBAWAH UNTUK MENYERTAI KOMUNITI KAMI


LANGKAH 2 :

LETAKKAN BANNER FACEBLOG PADA BLOG ANDA. SILA COPY CODE HTML YANG DIBERIKAN DAN LETAKKAN CODE TERSEBUT PADA BLOG ANDA.

BANNER FACEBLOG :


<center><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><span class="Apple-style-span" style="font-family: 'Courier New', Courier, monospace;"><b><br /> </b></span></div><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><a href="http://the-faceblog.blogspot.com/" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="150" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgr-EkrH4Kw6hfFojLdEhV3lMHEitfjruoHbICLfsaS7LxdZ6Fv9sAZKpPaIt0hAwXnIks7qTiqm87Frp_7ilABSKRmha2rmENnLuWk3xBKp9Tn9YErg9O3z7ER_mWI2PO_HR-FBrmkuG0V/s200/New-Blogger-Logo-Facebook-Style-Blogger-Template.png" width="150" /></a></div><center>


LANGKAH 3  :

ANDA HARUS MEMBUAT SATU POST BERKENAAN FACEBLOG PADA BLOG ANDA ATAU COPY POST YANG TELAH DISEDIAKAN DISINI.




LANGKAH TERAKHIR :

 ANDA HARUSLAH MENYERTAKAN URL POST ANDA ITU BERSAMA URL BLOG ANDA.SILA TEKAN BUTANG SHARE DIBAWAH UNTUK MENGISI MAKLUMAT TERSEBUT.ISI MAKLUMAT PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN.


  • *BLOG ANDA AKAN DIPANTAU UNTUK MEMASTIKANBLOG ANDA TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR LUCAH,BERUNSUR PERKAUMAN DAN SEBAGAINYA.
  • *PASTIKAN ANDA TELAH MELETAKKAN BANNER DARI KAMI PADA BLOG ANDA.PIHAK KAMI AKAN MEMANTAU PERKARA TERSEBUT SEBELUM MELETAKKAN BLOG ANDA DALAM SENARAI KAMI.
  • *TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DARI PIHAK ANDA
TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOKKAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOKSERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
p/s: segala yg diatas dapat dari FACEBLOG...jom ramai2  join... 

tq to fareez..kasi copy...http://musikituaku.blogspot.com

Sunday, February 20, 2011

Result oh Result

waaaa.....result tak lama lagi keluar....
macam mana ni..makin hari makin takut....
dah heboh dah kat facebok...bile result nak keluar ni
*weh result keluar minggu depan ekk???*
*weh biler result keluar*
*weh aku nak bunuh diri la....cuak gile!!!(ni paling dasyhat)*
*weh result tak akan keluar kan?? (ha...ingat dunia nak kiamat ke)

okeh...jom kita buat assumption....sebab result STPM pun keluar awal...25 feb ni <jumaat>(ikut paper Star-19/2)
so, selalunya result SPM akan keluar tak lama lepas result STPM keluar
so, assumption pertama....result SPM mungkin boleh keluar seminggu selepas result STPM
27 Februari - 5 Mac 2011...
tarikh ni nothing impossible ( wah macam nike dah)...sebab pilihan raya nak buat tahun ni...
so, result akan keluar pada tarikh ni la...

and, how about budak-budak PLKN...diorang tak balik lagi (PLKN siri pertama 2011 tamat 13/2)
ermmm...mungkin kerajaan akan suruh diorang balik awal...lagi jimat duit kerajaan...
tak yah nak tanggung duit makan..huhu...

next,,,,,ermmm ramai jugak yang kata result keluar 
14 Mac 2011....
ni pon boleh jadi gak...budak PLKN dah balik...

ish...pening-penig...ok...apa kate kite tunggu je la pengumuman nanti..
sekarang ni doa jer lah yang boleh membantu
Insyaallah, kita semua dapat 10A+....amin
assalamualaikum


Kenapa aku still suka cartoon

hishhh....pelik-pelik...tak sedar lagi ker..
umur makin hari makin tua....tapi perangai macam budak-budak lagi...
pelik-pelik...tapi aku rase ar kan...in this modern era....
ramai lagi yang suka tengok cartoon...
even bukan jer budak-budak belasan tahun yang  tengok ni...
yang dah keje pon join sekali...
lagi-lagi citer anime...lagi arr suka...why??
ni ade alasannya..


[*]Sebab watak utama cerita-cerita die ni kompleks, tak flat atau stereotaip macam kartun Amerika

[*]then, watak-watak die especially watak pompuan mata besar2, berwarna-warni dan bersinar2... 
[*]Jalan citer dier pun kompleks gak, so tak boring laa... dengan kata lain, kreatif abess...


ok...tu jer tuk post ni
assalamualaikum..




     
         aku yang suka cartoon

Saturday, February 19, 2011

Betul ke Sam Bunkface keluar BUNKFACE...

oh....cerita post ni bukan nak buat propa ek...
tapi dengar cerita Sam nak keluar Bunkface...
biar betul???tak hebat lagi ke group Bunkface tu...
nak jadi ape pulak ni....ataupon..Sam buat perangai dalam group ni...
haha...nak tau cerite....okey


post ni aku pon copy paste jer dari www.mstar.com.my
kalau nak tulis...banyak sangat (malas)
huhu...tengok jer la... 



PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom dikhabarkan bakal menarik diri daripada kumpulan tersebut dan menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu The Azenders.
Menurut sumber, keputusan tersebut dibuat kerana Sam mempunyai beberapa masalah dalaman dengan Bunkface selain tidak gemarkan publisiti dan dunia glamor.
Justeru itu, tempat Sam akan digantikan oleh Myo, salah seorang daripada ahli kumpulan Oh Chentaku.
"Myo sudah pun mula berlatih dan membiasakan diri dengan lagu-lagu Bunkface dan mereka bakal mengadakan sebuah persembahan khas sempena penghijrahan Sam dalam kumpulan The Azenders sekitar bulan April depan,” kata sumber tersebut.
Bagaimanapun, Bunkface tidak menghasilkan sebarang lagu baru dan hanya memberi fokus kepada perniagaan syarikat mereka, Bunkface Production di mana mereka sedang dalam proses membuka sebuah studio rakaman baru serta mengeluarkan barangan cenderahati kumpulan itu.
Difahamkan ahli kumpulan Bunkface iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot.
Foto kumpulan The Azenders yang diambil daripada laman sosial Facebook mereka.
Sementara itu, Sam yang dihubungi mStar Online, Rabu, menjelaskan khabar angin mengenai penarikan dirinya daripada kumpulan tersebut adalah tidak benar tetapi mengakui dia mempunyai kumpulan baru, The Azenders.
"Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders kerana ia sebuah kumpulan yang baru.
"Ahli-ahli kumpulan baru saya terdiri daripada Kudut (dram), Izal (bass) dan Ajam (keyboard) juga mempunyai kumpulan mereka masing-masing.
"Penubuhan The Azenders ini sekadar projek sampingan saya di mana konsep muzik yang dibawakan lebih segar dan lain daripada muzik-muzik yang ada di negara kita," katanya.
Tambah Sam, buat masa ini dia akan memberi tumpuan lebih kepada The Azenders memandangkan Bunkface sedang sibuk dengan pengurusan studio rakaman yang akan dibuka tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Sam berharap agar kumpulan barunya itu dapat diterima oleh peminat-peminat muzik dengan kemunculan lagu yang berbeza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...