Saturday, February 19, 2011

Betul ke Sam Bunkface keluar BUNKFACE...

oh....cerita post ni bukan nak buat propa ek...
tapi dengar cerita Sam nak keluar Bunkface...
biar betul???tak hebat lagi ke group Bunkface tu...
nak jadi ape pulak ni....ataupon..Sam buat perangai dalam group ni...
haha...nak tau cerite....okey


post ni aku pon copy paste jer dari www.mstar.com.my
kalau nak tulis...banyak sangat (malas)
huhu...tengok jer la... 



PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom dikhabarkan bakal menarik diri daripada kumpulan tersebut dan menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu The Azenders.
Menurut sumber, keputusan tersebut dibuat kerana Sam mempunyai beberapa masalah dalaman dengan Bunkface selain tidak gemarkan publisiti dan dunia glamor.
Justeru itu, tempat Sam akan digantikan oleh Myo, salah seorang daripada ahli kumpulan Oh Chentaku.
"Myo sudah pun mula berlatih dan membiasakan diri dengan lagu-lagu Bunkface dan mereka bakal mengadakan sebuah persembahan khas sempena penghijrahan Sam dalam kumpulan The Azenders sekitar bulan April depan,” kata sumber tersebut.
Bagaimanapun, Bunkface tidak menghasilkan sebarang lagu baru dan hanya memberi fokus kepada perniagaan syarikat mereka, Bunkface Production di mana mereka sedang dalam proses membuka sebuah studio rakaman baru serta mengeluarkan barangan cenderahati kumpulan itu.
Difahamkan ahli kumpulan Bunkface iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot.
Foto kumpulan The Azenders yang diambil daripada laman sosial Facebook mereka.
Sementara itu, Sam yang dihubungi mStar Online, Rabu, menjelaskan khabar angin mengenai penarikan dirinya daripada kumpulan tersebut adalah tidak benar tetapi mengakui dia mempunyai kumpulan baru, The Azenders.
"Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders kerana ia sebuah kumpulan yang baru.
"Ahli-ahli kumpulan baru saya terdiri daripada Kudut (dram), Izal (bass) dan Ajam (keyboard) juga mempunyai kumpulan mereka masing-masing.
"Penubuhan The Azenders ini sekadar projek sampingan saya di mana konsep muzik yang dibawakan lebih segar dan lain daripada muzik-muzik yang ada di negara kita," katanya.
Tambah Sam, buat masa ini dia akan memberi tumpuan lebih kepada The Azenders memandangkan Bunkface sedang sibuk dengan pengurusan studio rakaman yang akan dibuka tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Sam berharap agar kumpulan barunya itu dapat diterima oleh peminat-peminat muzik dengan kemunculan lagu yang berbeza.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...