Friday, March 11, 2011

Tips Diet 5M!!!

okey....tuk kali ni pulak den nak kongsi satu tips uuntuk korang...
kepada korang yang rase nak kurus/sihat ke...this post must be read
surelah...lepas je korang amalkan tips ni...korang jadi sihat.
okeyh...ni die tips 5M......


Mengurangkan gula 



Perlu diingat, pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula semula jadi atau gula tersembunyi. Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.

Mengurangkan garam


                                                                  


Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan membahayakan kesihatan. Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi,  pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan. Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

Mengurangkan minyak


                                                            masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang sedangkan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit. Untuk rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.

Melebihkan buah-buahan



                                                          


 Apa kata, gunakan buah-buahan untuk dijadikan pengganti pemanis mulut. Buah-buahan pelbagai rasa, warna, bentuk dapat menarik untuk makan.  Lebih menarik, ia kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.

Melebihkan sayur-sayuran


                                                            


Selain hidangan daging dan ayam, sayur-sayuran yang kaya serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah. Ini kerana kandungannya itu amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah. Sehubungan itu, hidangan sayur-sayuran amat penting kerana dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam. Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah utama. 





ok.tu jer tuk post kali ni...assalamualaikum

3 comments:

  1. apew yg saudara list tue mmg betul..memang banyk keburukannya...

    ReplyDelete
  2. yup...
    mmg btul...
    n lebihkan makan sayur n buah
    boleh jadi awet mude...^^

    Santan Berlada : Yey... Ak jadi Head chef...^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...