Monday, March 7, 2011

Tips Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Penipu

ha...tuk post kali ni fazreen nak kongsi satu tips macam mana nak tahu orang sedang tipu kita....
actually this idea datang bila tengok Keith Barry dalam rancangan dia dalam Deception Of Keith Barry....
hebat gile mamat ni...dia boleh baca fikiran orang lain...tapi nukan magic atau guna ilmu hitam la...
ilmu ni semua orang boleh belaja....lain la kalau orang yang tengah nak tipu tu pinocchio...
tipu je...hidung panjang...



tapi  kalau orang tu talam dua muka(betul ker peribahase ni) macam mane kan
so kat sini ade tip nak tahu kita kena tipu tak...
Sentuhan pada wajah
  • Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka sebagai contoh perbuatan menggaru hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka.
Tapak tangan
  • Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka sebagai contoh, meletakkan tangan di belakang badan atau di dalam poket.
Pergerakan mata
  • Mata bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda (tidak fokus)
  • Merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya
Pergerakan
  • Ekspresi diri biasanya kaku.
  • Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit.
  • Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.
Topik percakapan
  • Menukar topik percakapan dengan harapan penipuannya dipercayai.
  • Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.
Mengelak dari memberikan jawapan langsung
  • Kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung.
  • Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.
Anak mata
  • Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon
Ekspresi diri
  • Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut atau bahagian-bahagian tertentu sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dariseluruh wajah.
Penggunaan objek
  • Bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri.
  • Meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi.
  • Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.
Nada suara
  • Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan ataupercakapannya.
Sindiran
  • Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
Tidak masuk akal
  • Percakapan selalu tidak masuk akal dan menjadi tunggang langgang.
  • Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.
Cara berdiri atau duduk
  • Berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu.
  • Mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda.
  • Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.
Terlalu banyak butiran
  • Menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
Bersifat defensif
  • Defensif pada saat pertama dituduh kerana kebiasaannya orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh


ok..tu jer tuk post kali ni...
assalamualaikum

4 comments:

  1. nice...nice..orang tua cakap..bercakap bohong lama-lama mencuri...baik berhenti berbohong drpd menjadi pencuri..

    ReplyDelete
  2. cayalah,,tq..baca untuk kenal hati budi sahabat saya jew nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...