Saturday, March 12, 2011

Cara untuk Hilangkan Parut

okey....hari ni nak kongsi lagi satu tips menarik untuk korang semua...
Cara untuk Hilangkan Parut...tak kisah lah parut apa
jerawat, luka, jahit dan lain-lain....
tapi satu parut je tak boleh hilang....parut BCG...huhu
tapi cara ni depends on parut la kalau nak hilang....
kalau parut tu dah lama, lagi lamalah nak nak hilangkan...



okey...tips ni senang jer...korang just kena ada asam jawa.....
almost semua kedai runcit ada jual




okey kat sini ada 2 cara....
first guna asam jawa..second guna biji asam jawa..



Cara 1: Hilangkan parut dengan asam jawa

i. Anda ambil dulu asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut anda kecil, ambil secubit dua jer mungkin dah mencukupi.

ii. Kemudian, campurkan asam jawa tadi dengan air dan ramaskannya. Kuantiti air tu sikit jer. Jangan sampai ia terlalu cair, ok.

iii. Lepas tu, anda sapukan campuran tadi ke kawasan parut di tubuh anda. Biarkan ia sampai kering.

iv. Sebaik-baiknya anda buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke tubuh anda. Esok pagi barulah anda basuh.

v. Amalkan cara nie selalu sampailah anda berpuashati dengan hasilnyer.


Cara 2: Hilangkan parut dengan biji asam jawa

i. Anda perlukan beberapa biji asam jawa.

ii. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.

iii. Seterusnya, anda goreskan biji asam jawa yang telah digoreng tu kat permukaan kasar. Contohnyer macam batu ker.

iv. Nanti ia akan mengeluarkan serbuk. Bila dah keluar serbuknya, anda titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian badan anda.

v. Macam biasa, amalkan selalu sampai anda dapat hasilnya.

ok ..tu jer tuk post kali ni..
assalamualaikum



jom shopping kat bawah ni..murah beb

13 comments:

  1. betul ke jadi.. na cuba nih.. ekekekek.. ;p

    ReplyDelete
  2. yeke? try la nanti..thanks for sharing. =)

    ReplyDelete
  3. salam, Tq for the tips. nanti MMD cuba. senang2 singgahlah kat umah blog MMD.

    ReplyDelete
  4. ye ke? tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  5. bleh cube nie......
    kalo x jadi..aku saman~!!

    ReplyDelete
  6. untuk muka xpe ke sapu yg biji asam jawa tu???

    ReplyDelete
  7. betol ker berkesan??? penat saye cari cara nak bgi hilan parut ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...