Sunday, March 20, 2011

Belajar bahasa kucing melalui pegerakan ekor..=D

aha..post kali ni nak certa pasal kucing pulak...
walaupon kita tak boleh berkomunikasi dengan kucing
tapi dengan mengetahui pergerakan ni mungkin boleh jadi satu alat komunikasi kita dengan kucing..;P
wow...





tapi...benda ni hanyalah pendapat sahaja mengenai pergerakan kucing
tak semestinya beteul...

 
this is it.. beberapa posisi pergerakan ekor kucing dan maksudnya yang kita boleh kenal.

Ekor yang melengkung ke bawah dan kemudiannya melengkung di hujung ekor seperti  huruf  'S' terbalik
Maksudnya: Berada dalam keadaan rileks dan selesa






Ekor yang melengkung lembut ke bawah tetapi sedikit terangkat
Maksudnya : Mula menunjukkan minat terhadap sesuatu
Ekor melengkung ringan hala ke atas dan hujung nya bengkok sedikit ke hadapan ataupun ke belakang
Maksudnya : amat berminat dan menjadi peramah (friendly) 


Ekor dan hujung ekor lurus ke atas
Maksudnya : dalam keadaan ceria dan menyapa mesra (cheerful greeting)


Ekor lurus ke atas tetapi dihujung ekor ada sedikit pergerakan  menggigil
Maksudnya : menunjukkan kemesraan dan kasih sayang

Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik (twitching)
Maksudnya : sedikit menjengkelkan / bengang  (slightly irritated)

Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik dengan laju
Maksudnya : lazimnya kucing sedang rasa amat jengkel/bengang tetapi ada juga
kucing yang menunjukkan reaksi ini bermaksud amat gembira 
Kesemua bahagian ekor baik di pangkal mahupun di hujung bergerak ke kiri dan kanan  dengan laju
Maksudnya : Marah
Ekor lurus ke atas dan berbulu kembang
Maksudnya : Agresif

Ekor bengkok ke atas dan mengembang
Maksudnya : bersedia untuk menyerang jika di hasut atau usik (provoked)

Ekor diturunkan ke bawah dan bulu agak menguncup
Maksudnya : takut

Ekor ke atas dan agak kembang (big tail)
Maksudnya : mungkin ingin bermain dan berlari /mengejar

Ekor dan belakang badan turun ke bawah hingga ekor kadang kala berada
di celah dua belah kaki belakang
Maksudnya : tewas atau sedang sakit


Ekor  bengkok ke bawah diikuti dengan badan yang merendah
Maksudnya : bersedia untuk mengawan..huhu


Kalau ekor pendek, macam mana ye nak kenal emosi mereka?.. Selalunya kucing sebegini banyak mulut :) Hanya pemiliknya saja yg tau maksudnya..

Sumber :
http://www.feednfarm.com/cattails.html
http://www.xmission.com/~emailbox/tailtalk.htm


ok..tu jer tuk post kali ni..assalamualaikum

15 comments:

  1. wow..nice info~
    pasni nak observe kucing kat uma tu..hihi

    ReplyDelete
  2. nanti aku nk decode bahasa badan kucing nie.
    :D

    ReplyDelete
  3. haha..nice!! sllu kaco kucen pastu kucen tu gerakkan eko die laju2..upenya marah~hek2..baru tau~

    ReplyDelete
  4. nice...nk try r kat comot nnti...hehe...dye xske kne peluk...sdey tol... =_=

    entry ni best...so sy follow!!!

    ReplyDelete
  5. bro kucing aku ekor pendek a, cane tu haha

    ReplyDelete
  6. rindu kat kucing aku.

    ReplyDelete
  7. wow..nice info..teringt kucing2 kt umah...

    ReplyDelete
  8. brok! kucing aku tige tige eko pendek apo kes?

    ReplyDelete
  9. nice ! yang 'Ekor lurus ke atas dan berbulu kembang' owhhh kucing tuh boleh dijauhi haha takut kena cakar :D

    ReplyDelete
  10. kucen sy ekor pendek je. huhu.. tp leh detect ape yg dia nak dr dia nya bunyi :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...