Wednesday, March 30, 2011

4 Cara Berjimat Dalam Perbelanjaan Harian

Bagaimana 'saya' berjimat sehingga RM500 sebulan. Mungkin idea di bawah ini anda sudah tahu, dan mungkin ianya baru bagi anda.Tapi yang pasti, 'saya' dapat berjimat sehingga RM500. Sebelum itu, mari kita perhatikan ada apa dengan RM500 itu? Jika sebulan anda dapat berjimat RM500, setahun anda akan dapat berjimat RM6000. Katakanlah duit itu anda tidak buat apa-apa kecuali menyimpan di Tabung Haji (recommended).
Untuk 10 tahun, anda akan dapat menyimpan RM60,000. Itu belum masuk dividen yang anda akan terima setiap tahun. Katakan purata tambahan daripada dividen yang anda akan dapat ialah RM170. Untuk 10 tahun, anda akan dapat RM1700. TANPA BUAT APA-APA !
Total anda akan dapat menyimpan dengan hanya berjimat cermat ialah, RM61,700. Jadi sekarang anda tahu bukan, apa itu nilai penjimatan RM500 sebulan? Baik, sekarang saya akan kongsikan 4 cara saya berjimat sehingga RM500 sebulan, dan pernah saya dapat jimat
lebih daripada itu, ie (RM1000+)


[1] Isi minyak kereta bila tangki hampir kosong sehingga penuh.

Dengan cara ini, saya dapat menjimatkan masa dan duit minyak saya. Kebiasaannya, orang takut nak isi minyak penuh-penuh. Jadi, kita akan isi sedikit-sedikit.
Masalahnya akan timbul, bila anda dapati, anda sebenarnya membazikan masa, tenaga dan wang anda apabila anda terpaksa mengisi sehingga berkali-kali.
Katakan, untuk sebulan, anda perlu mengisi penuh kereta anda sebanyak 2 kali. Untuk ke Petronas (atau pam minyak lain), anda perlu berbelanja RM10 (duit minyak pergi balik), jadi, total anda hanya perlu belanjakan RM20 sahaja sebulan.
Berbanding, kalau anda jenis isi sikit-sikit, anda perlu isi sebanyak 10 kali. Kita ambil kira-kira yang sama seperti di atas, RM10 untuk duit minyak. Untuk 10 kali, anda telah keluarkan RM100. Iaitu pembaziran RM80.

[2] Topup untuk 3 bulan sekali

Saya tahu, bawah sekarang ini ada kemudahan topup secara online. Tapi, tahukah anda, sebenarnya masih ramai lagi yang beli topup di kedai-kedai?
Katakan kos untuk ke kedai topup ialah RM10 (pergi balik). Biasanya orang akan topup sikit-sikit. Jadi, dalam sebulan, sekali topup RM10, umummnya orang akan pakai RM50 sebulan.
(ini yang biasa, tidak terlalu jimat, dan tidak terlalu tinggi penggunaan)
Jadi, dalam sebulan kita akan ke kedai sebanyak 5 kali. Dalam sebulan, kita akan keluar belanja RM50. Itu untuk bayar minyak sahaja.
Tapi, bagaimana kalau anda hanya topup 3 bulan sekali sahaja? Bermakna, anda hanya akan keluarkan belanja perjalanan, sekali sahaja. Anda topup RM100 ke RM200, dan ianya dapat bertahan sehingga 3 ke 4 bulan. Kadang-kadang, pada hari-hari perayaan, bila kita topup nilai yang tinggi kita akan dapat RM30 ke RM50 topup percuma. (jimat lagi).
Berbanding topup sikit-sikit, kos anda hanyalah RM10 sahaja. Kalau tiga bulan, RM150 (topup sikit-sikit). Bermakna purata sebulan anda dapat jimat ialah hampir RM50

[3] Membeli belah ketika kenyang

Saya tak tahu bagaimana nak terangkan, tetapi anda cubalah. Saya pernah membeli belah ketika perut kosong. Saya juga, pernah membeli belah ketika dah kenyang.
Biasanya, bila shopping, saya bawa isteri dan anak-anak. Jadi, kalau kami tengah lapar ketika itu, bayangkanlah ragam anak-anak. Nak itu ini.
Kalau dah kenyang, diorang nak cepat balik.
Daripada situ sahaja dah jimat banyak.

Biasanya, purata beli belah (sebulan sekali), saya belanja sehingga RM250. Barang dapur dan keperluan. Namun, jika membeli belah ketika kenyang, saya dapati saya hanya berbelanja sekitar RM100 sahaja. Perbezaannya RM150. Banyak tu.
Bila kaji-kaji balik, rupanya, saya banyak beli benda yang tak diperlukan ketika lapar.

[4] Tips makan di luar

Sekali sekala makan di luar, memang best. Bagi yang dah berkeluarga, ia ibarat berikan cuti kepada si isteri. Namun, nak makan kat luar ada straterginya. Ini apa yang saya buat.
1.order benda yang sukar nak dimasak di rumah
2.minum air suam
Biasa kita nampak, kawan-kawan kita akan order, nasi goreng, nasi goreng kampung.
Tak stylo lah ^_^.
Bukan apa, masakan itu, adik anda pun boleh masak. Tambah-tambah, dah ada perencah nasi goreng Adabi. Senang je nak masak nasi goreng.
Bila makan kat luar, pada sayalah, kita makanlah sesuatu yang istimewa. Seperti mi bandung, chicken chop, ikan tiga rasa dan lain-lain. Yang mana, ianya sukar dimasak di rumah.
Mungkin kerana perlukan bahan-bahan yang banyak.
Satu lagi, jika anda perasan, bila anda order air suam, anda akan pelik. Banyak sangat pernjimatan yang dapat dilakukan.
Saya pernah keluar makan dengan 5 orang.
Kali pertama, kami order air macam-macam.
Ada sorang kawan tu, order ABC.
Ces~, mentang-mentang saya belanja.
Pap, semua sekali RM43.20
Beberapa ketika selepas itu, kami makan di gerai yang sama, order makanan macam
biasa tapi kali ni, order air suam je. (saya cakap, air saya tak nak belanja, kecuali air suam).
Nah, kali ini saya hanya bayar RM27.50
Nampak tak? Beza betulkan ??
Baiklah, saya rasa itu sahaja perkongsian saya dengan anda, beberapa teknik berjimat dalam kehidupan harian.
Moga ianya bermanfaat buat anda. Kalau anda ada tip-tip berjimat yang lain,
kongsikanlah diruang komen di bawah. Mana tahu, ianya akan memberi manfaat kepada semua orang yang membaca post ini.


p/s: perkataan 'saya' dalam post kali ni bukanlah fazreen tapi : http://rajakamil.biz

p/s: maybe angka duet seperti 500/150/50 agak besar..tapi just anggap ni  assumption k..=D

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...