Tuesday, December 6, 2011

Handfon lu cikai la, tak macam handfon gua....:p

hello peeps.


its happen last month ago. When aku sedang makan-makan dengan family aku. Tengah dok makan-makan, aku nampak ada sorang budak perempuan ni yang agak umur dia dalam 10 tahun. Tapi yang tak boleh belah, di tangan dia ade satu handphone. BLUEBERRY. BLACKBERRY. Kalau setakat handphone biase je aku takdelah kesah sangat, tapi ni sampai blackberry. Ni buat aku tertanya-tanya. What the hell budak umur 10 tahun dah boleh pakai Blackberry??? Padahal zaman aku dulu  (kecik-kecik), kalau korang dah ada handphone nokia 3310 atau nama femes dia 33 sekupang, pon dah kira legend..

Tu pon game yang ade ular gan congkak. Legendnya budak tu kalau ada handfon ni macam:

"Weh, tadi Lisa cari kau"'
"Lisa?? Lisa mane satu ni? Lisa Surirumah Surihani ke??"
"Alaaa, Lisa handpon tu. Takkan tak kenal kot??"
"Ohh. Cakap la Lisa Hanphone. Mesti la aku kenal. Apesal die cari aku??"

But itu adalah zaman dimana handphoe bukan keperluan solid. Pada zaman dulu, kalau dah ada hanphone tu kira kaya gila. But since, handphone dah jadi keperluan sekarang, aku bet korang mesti konfius gila bila nak beli handfon yang baru.

aku rase lah kan, aku boleh kumpul 100 orang yang kata iPhone adalah awesome. dan aku bole cari another 100 rang yang cakap Samsung is the best dan begitulah dengan jenama-jenama hanfon lain. why?? sebab semuanya ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Persoalannya sekarang, we cannot judge peple just based on their phone. Don't judge book by its cover. 


Ok. mungkin budak yang aku ceritakan yang kat atas tadi guna hanfon Strawberry.Blackberry tuk call parents diorang incase of  emergency. But to me, its terlalu mahal untuk kasi kat kanak-kanak hanfon macam tu. Maybe parents diorang  kena beli alat just for call and  gps tracker only. contonhnya macam ni ha.
.
Tested Tracking Products

its better than kita beli handfon mahal, then kasi diorang pakai. 

same goes with people who use smartphone and kadang-kadang ade gak orang yang pakai handphone yang just untuk call and message (macam aku;D). Handphone ni ikut keperluan korang jugak. Kalau korang suka tangkap gambar. Belilah handphone yang bila korang snap pic boleh nampak sampai bulu roma kawan kau atau bila korang snap picture boleh nampak jerawat. Same la jugak, kalau korang suka main game. Gamers Sejati. belilah iPhone ataupon adroid smartphone.

Well, seperti yang korang tahu, setiap orang ade pendapat based on pengalaman masing-masing. Its all depend on you.assalamualaikum.

got that idea from Mr. K

Monday, December 5, 2011

I'll Be Back=D

Assalamualaikum..peeps..


first of all...sorry sangat-sangat about this blog yang dah tak update lame gile. berhabuk, karat. Dah macam sarang labah-labah dah blog ni, ni kalau tinggal lagi lame ni mau jadi sarang tikus
actually...since dari bulan 6 aku last update blog ni.  actually time ni dah start masuk kolej.
And mase kat kolej tu bukannye taknak update blog..cuma internet susah dapat dan for sure tu bukanlah alasan paling tepat sebab sebenarnya aku tak ade idea yang banyak. Idea tu memang la ada, tapi tak best untuk jadikan entry yang masyuk and orang suka baca.

tapi seriusly, susah gila bagi aku untuk tulis semua benda tu. Susah dia sebijik macam korang nak bagi tahu sejarah India kat kawan-kawan korang tanpa membuatkan diorang rase bosan gila dan tak mengantuk. Bukan je takat taknak kasi dierong bosan tapi kalau boleh nak kasi diorang interest dengan sejarah tu apa. Susah gile kan??? Silap-silap, korang pon rase bosan nak bagitau kawan korang tu.
Tapi cuba korang imagine, if korang boleh bagi tau something pasal sejarah India dengan cara tertentu dan ramai orang tertarik. Mesti rase puas hati gila kan??Umpama korang berdakwah pasal isu agama, tetapi orang di sekeliling rase tertarik gila. Susah kan nak buat camni??Tapi impossible is nothing.=D

dan most of the bloggers membuat keputusan untuk menarik pembaca menggunakan 3 cara. Cara pertama, letak muka awek comel/laki handsome.Cara kedua, Talk dirty. Post something yang berkaitan dengan seks, dengan benda-benda lucah sebab sex is always sells. Dan cara ketiga adalah dengan post up something funny. Well, aku suka cara pertama and ketiga dan kadang-kdang aku main cambur je semua benda and banyak merapu. Everyblogger ada strategi diorang sendiri to caught the readers.

kalau korang perasan lah kan. banyak gila comment pasal blog ni yang lame sangat tak update. Thanks alot kat korang walaupun aku tak update blog, still ade orang yang datang jenguk blog ni. It's ok to me, tak update pon berpuloh gak orang masuk sehari( bangga jap). and a lot of thing yang aku baru belajar sejak aku masuk kolej. and paling aku tak suka sekali ialah bila nak tulis post ni, otak pon dah tak macam dulu. kalau dulu boleh je tulis entry laju gile, tapi banyak gila karat..

i'll be back (bukannya lagu 2PM)

ok. untuk cuti sebulan ni, insyaAllah aku akan try kembali active berblogging. and next entry will be REULT CONTEST BEST HEADER EVER!!!and thanks to all participant that still tunggu walaupun tarikh tutup contest ni dah lame tutup


Monday, June 20, 2011

Not Quantity but QUALITY!!!

Before and since aku berblogging, aku selalu dengar orang kata kalau nak buat blog kena rajin, sekurang kurangnya satu post setiap hari, barulah ramai orang nak baca blog kita dan follower pon tambah berjela-jela. Then, bila blog dah famous Amos, setakat dua/tiga post seminggu pon dah cukup  (yang berlaku kat aku sekarang-PERASAN). Sebab apa???sebab korang dah ada pembaca setia dan momentum korang pon terbaik dari ladang. BUT, memang lumrah manusia, senang terpengaruh dan makan hati dengan ajakan. Bila dengar je tip tu, aku cuba sedaya upaya untuk maintain update blog everyday.

maybe we need to admit, bila semakin 'tua', kita semakin sibuk. Even masa 24 jam tu rasa macam tak cukup for a day. Kekadang dah set time dah untuk tulis blog---> tetiba

Eh, sat lagi la update blog ni.!!
Nak update apa ekk hari ni??
Heshhh, gantok betol la...zzzzz
Bermonolg berjam-jam, idea tak datang..-_-'

Dushhhh...mesti korang pon pernah rasa camni. And paling down bila orang kata, berblogging ni  takde life-duk depan laptop berjam-jam.tapi bagi aku better aku berblogging daripada aku asyik stalk friend kat Facebook or Twitter.

tapi bila dah lama berblogging, aku decide untuk tak perlu update blog setiap hari (padahal buat-buat busy) dan lebih fokuskan kepada QUALITY untuk mencari idea yang menarik, baca blogger yang hebat - tiru gaya penulisan diorang. Tapi, yang aku paling takutkan sekarang ialah kuantiti kurang kualiti pon kurang jugak, jadi bukan dah jadi WIN-WIN. Tapi lebih kepada LOSE-LOSE dah. lol..i'm gonna be a loser if i take wrong step.


So, the best way that we should take is SimplySiti simplicity (kesederhanaan), kalau boleh seimbangkanlah kuantiti tu dengan kualiti. Jangan jadi yang kejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

tapi kalau rasa 'aku blogger hebat, aku nak kejar dua-dua'. Kalau korang rasa mampu, takpelah, lagi bagus, tapi ingat kalau dikejar dua arnab dalam satu masa kita akn hilang kedua-duanya. Kekadang kita terlalu mengejar KUALITI, kita hanya nak post bila ada idea unik, menarik tertarik kau memang DABOOM only, last-last, berhari-hari tak update blog (macam aku.hehe). Tak best jugak kan??Kita terlalu kejar nilai kuantiti itu sehinggakan 'value' post tu pon kurang and tak menarik+ merapu+merepek. Lain la kalau korang can kill two angrybird with one stone..memang aku respect

So, cam mana?? kejarlah kesederhanaan, kalau rasa tak mampu cari post yang berkualiti, cubalah sediakan post biasa yang tidak memerlukan kita memerah otak sampai jadi jus keringdaya pemikiran untuk taip. Even kuantiti takdelah sepenting kualiti, tapi apa salahnya kalau kita paksa diri untuk kejar kuantiti kan untuk naikkan traffic.yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. 

this is my opinion, macam mana korang pulak. Jom share. Sharing is caring.klik like jika suak;)

p/s: ape kes aku tulis banyak guna peribahase ni..mase exam tak pon macam ni

second p/s: skop pasal quality and quantity ni luas..yang aku tulis just in blogging=D

Assalamualaikum






Wednesday, June 15, 2011

(HOT) Cara untuk UNBLOCKED Malaysia Government Filter

first of all..thanks to anonymous and kekadang bangga jugak ada hacker yang hebat macam ni kat Malaysia. walaupon SKMM dah block file sharing, takde hal. korang sekarang dah boleh unblocked benda tu balik..
 cara ni korang boleh unblocked semua skali  termasuklah fileserve, megaupload, filestube and apa-apa yang berkenaan..


hmm..tengok video ni , ada dia ajar cara nak unblocked. Aku dah try dah ....jadi beb


apa macam..jadi kan=D..

tapi aku pelik betul la kenapa kerajaan nak sekat benda filesharing ni. website porn taknak pulak block banyak-banyak, ni website yang macam ni jugak la nak kena block..common la..dah la nak block tak announce kat rakyat, main blocked je..skang diorang yang risau coz takut laman web diorang nak kena block..semua orang ada hak la untuk kebebasan..now they block the filesharing websites, next ??FACEBOOK, TWITER??

dah la tu..kekadang bosan gak layan benda macam ni..politik + rasuah..baik aku stop je sampai sini..nanti silap-silap ISA pulak aku..

p/s: kerajaan hilang satu UNDI daripada aku!!!

klik like jika suka=D

#2 WORDLESS WEDNESDAY



PHOTO CAN TALK

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

in Malay

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan  


Tuesday, June 14, 2011

Justin Bieber tukar jantina!!!CONFIRM

OMG..apa dah jadi ni Justin Bieber..tak kesian ke dekat peminat kau tu..tu tak kisah, ni ha..kau tak kesian ke dengan Selena Gomez kau tu. Apa dia kata nanti bila kau tukar jadi jantina perempuan..ish-ish


waduh-waduh. apa la nak jadi..nasib baik la Malaysia tak ramai yang buat macam ni. tapi kat europe benda selalu la terjadi sampai orang tak heran pon. sebab tu la pentingnya pendidikan terutaman about agama. Kalau lah bukan disebabkan Islam yang ada dalam hati ataupon sekadar hanya pada I/C (sesetengah yang orang yang rosak akidah) pasti ramai yang tukar jantina..haha..tapi yang Justin Bieber tukar jantina tu mana adalah..saja main-main..haha.

TAPI. den bukan nak cerita pasal benda tu. aku nak cerita pasal seorang perempuan berumur 22 tahun yang mempunyai iras seperti Justin Bieber. bakatnya dah diketahui orang bila dia masuk America's Got Talent dan Youtube. Dalam rancangan ni dia bukan je boleh nyayi tapi boleh buat lawak dengan menggunakan lagu Justin Bieber.
jom tengok vid bawah ni..


p/s: kalau korang nak lebih, just search nama dia kat Youtube-->DANI SHAY

assalamualaikum

Follower yang lawa=D

cantik menarik tertarik kau memang DABOOM..yeah.siapa la yang tak nak baca blog yang lawa. lagi-lagi  kalau cara penulisan yang kemas dan mudah difahami. dan yang membuatkan lelaki cair bila blogger tu cun..hmm memang ramai la follower..contohnya macam Fatin Liyana dan Hanis Zalikha

tapi..aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita pasal nombor follower aku yang lawa


555..pergh macam buku hutang buku tiga 5.tapi kat sini aku bukan nak berlagak la. aku just nak bangga apa yang aku capai selama ni coz blog aku ni pon baru je berusia 5 bulan.

assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...